Sunday, 1 January 2012

Tentang Dua

Tentang Penulis


Selamat datang ke duniaku. Nama aliasku adalah Yuuji Takashi. Kini sedang menuntut di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dalam jurusan TESL dalam batch intake Jun 2011. Hobiku adalah menonton anime, mendengar muzik, menulis dan membaca.

Sebelum ini, saya pernah menulis sebuah fan-fic berdasarkan salah satu anime kegemaran saya iaitu Digimon yang bertajuk Digimon United Revolution. Novel itu ditulis sejak saya masih menuntut di tingkatan 3 dan telah diedarkan di internet dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia yang masih berada dalam proses translasi di laman web Mynime.com dan Bahasa Inggeris di laman web Deviantart.com.

Tentang Imaginari

'Imaginari' merupakan projek penulisan novelku yang kedua yang diinspirasikan oleh dua siri anime Jepun yang popular, 'To Aru Majutsu no Index' yang ditranslasikan sebagai 'Indeks Magikal Tertentu' dan 'Fate / Stay Night'.

Projek ini dilaksanakan sepenuhnya pada November 2011 dan kini aku sudah hampir menamatkan siri pertama. Pada perancangannya, novel ini akan ditulis dalam bentuk trilogi ataupun tiga siri. Aku berharap suatu hari ini novel ini akan dilamar untuk diterbitkan pada suatu hari nanti, Insya-Allah.

Buat masa ini, aku akan menerbitkan siri pertama yang diberi nama 'ZERO Arc' dan blog ini akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa. 

Sinopsis

Mengisahkan tentang Harris Zulkarnain, penuntut Kolej Multimedia TM yang secara tidak sengaja terlibat dalam pertelingkahan antara fantasi dan realiti setelah bermain permainan online yang bertajuk Imaginary Heroes Online.

Dalam pertelingkahan itu, dia bertemu dengan Adira Fareesya yang turut terjebak dalam pertelingkahan itu serta tiga pahlawan imaginarinya yang bermaterialisasi di dunia realiti, Kai Alchander, Reila Quicksilver dan Ryan Adolphus yang turut sama membantunya dalam memburu Kristal Hajat yang diperlukan untuk menamatkan pertelingkahan tersebut dan seterusnya menyelamatkan dunia. Bersama Cincin Fantasia yang diwarisi oleh bapanya itu, mereka berlima membongkar satu demi satu rahsia...

     

3 comments:

  1. Sudah follow..Wah tingginya imaginasi kamu..Saya punya rendah je..hehe..bole jadi macam LOTR nanti ni kan:-)

    ReplyDelete
  2. X de lah tinggi sangat. Nak tulis novel ni pun susah ugak. Sebab saya ni pun bukan budak sains XD so, slalu mintak tolong orang ramai nak tulis novel ni. Kalau bukan sebab diorang, mungkin lagi susah nak tulis novel ni.

    Tp, apa2pun, Insya-Allah. Doakan PTS terima novel saya n dapat best-seller ye :D

    ReplyDelete
  3. Hei, nasib baik dpt cari juga! Knp tukar almt URL xbgtw? Nasib baik sy pndai Google..XD

    Awak bercita-cita tinggi, tp ia bpdnan dgn usaha yg awk berikan. So, you deserved to become a popular novelist one day. Sy akn stiasa support awk, kep doing ur best shot! ~(>w<)~

    ReplyDelete